Usrah Halaqat

Usrah Halaqat adalah perjumpaan mingguan anggota halaqat kawasan. Ia melibatkan perbincangan mengenai strategi dakwah dan pengajaran mengikut waqi’ setempat, menyelesaikan permasalahan dan kerumitan dalam menghadapi kerencahan kerenah masyarakat dan usaha meningkatkan syakhsiyah, keterampilan dan komitmen diri.

Naqib yang mengendalikan usrah akan memulakan dengan bacaan Ma’thurat dan akan mengakhiri dengan membincangkan isu-isu semasa, perkembangan dalam negeri dan negara serta menyampaikan maklumat mengenai aktiviti terkini.

Kongsikan ke:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp