Kelas pengajian dan pembelajaran ilmu-ilmu agama dilaksanakan selepas menunaikan solat Maghrib. Kelas ini dipimpin oleh anggota halaqat muslimin.
Dengan membaca kitab dan menghuraikannya, masa yang diambil hanya sekitar lebih kurang 40 minit.
Diselitkan juga dasar-dasar dan prinsip-prinsip Islam yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.
Selepas solat Isya’, naqib ini mungkin akan terlibat pula dengan mengimami solat jenazah, tahlil arwah, solat hajat dan juga ada yang bertindak sebagai muallij (perawat).