Program ini adalah program bulanan yang dikhususkan kepada anggota Halaqat di setiap kawasan bagi menambahkan lagi ilmu dan kefahaman tentang agama.
Beberapa orang naqib yang dilantik akan membaca kitab yang berkaitan dengan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah aliran Asya’irah dan Maturidiah, fiqah mazhab Syafei dan tasauf aliran Syeikh Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali.
Disamping itu juga tafsir hadis dan sirah dihurai oleh naqib-naqib yang juga dipilih dalam kalangan anggota Halaqat.