Peristiwa yang merupakan satu daripada mukjizat Nabi SAW ini berlaku pada tahun ke 11 selepas Nabi SAW dilantik menjadi Rasul. Sebelumnya iaitu tahun ke 10 adalah Tahun Dukacita (Aamul Huzni) kerana berlaku kewafatan Siti Khadijah ra, isteri Nabi SAW yang banyak membantu kerja-kerja dakwah Nabi SAW dan kematian Abu Talib, bapa saudara Nabi SAW yang juga pemimpin Quraisy yang menjadi serandang kepada Nabi SAW.
Selepas peristiwa Isra’ dan Mi’raj, Nabi SAW diperintahkan Allah SWT supaya berhijrah ke Yathrib yang kemudiannya dikenali sebagai Madinah.
Peristiwa Isra’ dari Mekah ke Baitul Maqdis dan Mi’raj dari Baitul Maqdis ke Sidratul Muntaha diceritakan dan sentuh pengajaran untuk mad’u jadikan pedoman.