IJTIMAK HALAQAT JELI TAHUN 2026

Jeli – Bahagian Dakwah Halaqat telah menganjurkan Himpunan Para Halaqat dan Guru Al-Quran peringkat kawasan Jeli dalam usaha memperkukuhkan gerak kerja dakwah serta mempererat hubungan antara tenaga pengajar di kawasan tersebut.

Program yang berlangsung dengan jayanya itu menerima kehadiran yang amat memberangsangkan daripada para peserta yang terdiri daripada ahli halaqat dan guru-guru Al-Quran setempat. Kehadiran ramai ini menunjukkan komitmen tinggi dalam memperkasa pendidikan Islam serta memperluaskan lagi aktiviti dakwah di peringkat akar umbi.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Dr Mohd Alwie bin Yusof selaku Ketua Pengelola Halaqat Negeri Kelantan. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan kesatuan dan kesungguhan para pendidik dalam menyampaikan ilmu serta membentuk masyarakat yang berilmu dan berakhlak.

Penganjuran program ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada peningkatan mutu pengajaran Al-Quran serta mengukuhkan lagi jaringan kerjasama antara para halaqat di seluruh kawasan Jeli.

Kongsikan ke:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp