SOLAT SUNAT ISTISQA’ PERINGKAT KAWASAN KETEREH

Kok Lanas, 3 April 2026 (Jumaat) – Bahagian Dakwah Halaqat telah menganjurkan program solat sunat istisqa (memohon hujan) pada pagi ini di padang Masjid Ar-Rahim, Sungai Pasir, berikutan keadaan cuaca yang kering dan sudah lama tidak menerima hujan.

Program tersebut disertai oleh masyarakat setempat yang prihatin terhadap keadaan kemarau yang berpanjangan, sekali gus memberi kesan kepada kehidupan harian dan sumber air di kawasan berkenaan. Para jemaah berkumpul seawal pagi dan menunaikan solat sunat istisqa secara berjemaah dengan dipimpin oleh imam masjid.

Selain solat, turut diadakan doa munajat memohon agar Allah SWT menurunkan hujan sebagai rahmat kepada seluruh penduduk serta menghindarkan kesusahan akibat kekurangan air.

Penganjuran oleh Bahagian Dakwah Halaqat ini mencerminkan usaha berterusan dalam menghidupkan amalan sunnah serta menyatukan masyarakat dalam menghadapi ujian alam, di samping mengharapkan keberkatan serta rahmat daripada Allah SWT.

 

 

   

 

Kongsikan ke:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp