Masjlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Dakwah Halaqat Machang

MACHANG, 12 April 2026 – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Machang telah berlangsung dengan penuh meriah dan harmoni pada hari Ahad, bermula sekitar jam 11.00 pagi. Majlis ini menghimpunkan anggota Bahagian Dakwah Halaqat Parlimen Machang bersama ahli keluarga masing-masing dalam suasana penuh ukhuwah dan kegembiraan sempena Syawal yang mulia.

Kehadiran para tetamu telah memeriahkan lagi suasana, di samping peluang untuk mengeratkan silaturahim sesama anggota serta keluarga. Pelbagai juadah hari raya turut disediakan, menambahkan lagi kemeriahan majlis yang disambut dalam suasana santai dan penuh mesra.

ANGGOTA BAHAGIAN DAKWAH HALAQAT PARLIMEN MACHANG BERSAMA YB ADUN PULAI CHONDONG 

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Ustaz Azhar bin Salleh, ADUN Pulai Chondong, bersama rombongan beliau. Kehadiran beliau dan pasukan telah menambahkan lagi seri majlis serta memberi sokongan moral kepada usaha memperkukuh hubungan dalam kalangan warga Halaqat.

Secara keseluruhannya, majlis ini bukan sahaja menjadi platform untuk meraikan Aidilfitri, malah turut menjadi medan memperkukuhkan ukhuwah, semangat kebersamaan serta mempererat hubungan antara anggota dan pimpinan.

Semoga penganjuran majlis seperti ini akan terus menjadi tradisi yang dapat menyatukan hati dan memperkukuhkan perjuangan bersama di masa hadapan. InsyAllah

Kongsikan ke:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp