MAJLIS IJTIMAK HALAQAT PERINGKAT KAWASAN PASIR PUTEH

5 April 2026 (Ahad) bersamaan 18 Syawal 1447H – Majlis Ijtimak Halaqat Kawasan Pasir Puteh telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Utama, Kompleks Islam Jajahan Pasir Puteh.

Majlis tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pengelola Halaqat Negeri Kelantan, Dr. Alwee bin Yusoff. Dalam ucapan beliau, beliau menekankan kepentingan pengukuhan sistem halaqat sebagai medium utama dalam melahirkan generasi celik Al-Quran yang berilmu dan berakhlak mulia. Beliau turut menyeru semua pegawai dan pembantu pegawai serta guru Al-Quran agar terus komited dalam memperkasakan pengajian Al-Quran di peringkat akar umbi.

Program ini telah menghimpunkan seramai 40 orang Pegawai dan Pembantu Pegawai Halaqat Kawasan serta 200 orang guru Al-Quran Halaqat Kawasan dari seluruh Pasir Puteh. Kehadiran yang memberangsangkan ini mencerminkan kesungguhan semua pihak dalam menjayakan agenda pendidikan Islam khususnya dalam bidang pengajian Al-Quran.

Sepanjang majlis berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai pengisian ilmiah dan perkongsian berkaitan pengurusan halaqat, kaedah pengajaran berkesan serta pemantapan peranan guru Al-Quran dalam masyarakat. Program ini juga menjadi platform untuk mengeratkan ukhuwah dan kerjasama antara pegawai serta guru AL-Quran Halaqat.

Diharapkan penganjuran Majlis Ijtimak ini dapat memberi impak positif dalam mempertingkatkan mutu pengurusan dan pengajaran halaqat di kawasan Pasir Puteh, seterusnya menyumbang kepada pembangunan modal insan yang berteraskan Al-Quran.

Kongsikan ke:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp