Majlis Sambutan Bulan Solat

Event Start Date:
January 9, 2026
Event End Date:
January 29, 2026
Event Venue:

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Tuan/Puan yang dihormati,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Sambutan Bulan Solat Peringkat Negeri Kelantan akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh: 29 Januari 2026
Tempat: Dewan Johor KIAS

Sehubungan dengan itu, semua pihak adalah dijemput untuk hadir dan bersama-sama memeriahkan majlis ini sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkasa penghayatan ibadah solat dalam kalangan masyarakat.

Semoga dengan penganjuran program ini dapat menyemarakkan kecintaan terhadap solat serta memperkukuhkan kefahaman dan pengamalannya dalam kehidupan seharian.

Kerjasama dan kehadiran tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Yang menjalankan amanah,
Halaqat

Kongsikan ke:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp