





KURSUS MUDARRIS ZON 1
Kursus Mudarris bagi Program Membina Generasi Solat telah dilaksanakan di Dewan AB Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) bagi Zon 1 yang melibatkan kawasan Tumpat, Pengkalan Chepa, Pasir Puteh, Kota Bharu, Kubang Kerian dan Bachok. Program MGS menggunakan Buku Modul MGS sebagai panduan utama pengajaran agar penyampaian lebih tersusun, seragam dan mudah difahami oleh para peserta. Selain itu, pemilihan masjid dan surau sebagai lokasi pelaksanaan turut memainkan peranan penting dalam mendekatkan anak-anak dengan suasana ibadah serta memupuk rasa cinta kepada rumah Allah sejak kecil. Dalam masa yang sama, program ini turut membuka mata ibu bapa tentang kepentingan pendidikan solat dalam kehidupan seharian. Kehadiran anak-anak ke kelas MGS bukan sahaja memberi manfaat kepada mereka, bahkan memberi peluang kepada ibu bapa untuk turut mengimarahkan masjid dan surau dengan menunaikan solat sementara menunggu atau menemani anak-anak mengikuti sesi pembelajaran kelas MGS. Sehubungan itu, Kursus Mudarris Zon 1 dirangka sebagai satu usaha latihan berfokus kepada Mudarris MGS bagi memperkukuh kualiti pengajaran di peringkat DUN demi melahirkan generasi yang menjaga Solat dan memahami erti kewajipan Solat. Untuk makluman, Program MGS akan bermula Jun 2026M di setiap DUN Negeri Kelantan.
Sekalung penghargaan kepada para Fasi Jemputan dari IPGKKB iaitu
YBrs. Dr Khairuddin bin Said, Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi
YBrs. Dr Ab. Hamid bin Ali, Pensyarah Akademik Jabatan Pendidikan Islam, IPGKKB
YBrs. Dr. Raihan binti Mohd Ariffin, Pensyarah Akademik Jabatan Pendidikan Islam, IPGKKB
YBrs. Dr. Muhammad Ridzuan Idris, Pensyarah Akademik Jabatan Pendidikan Islam, IPGKKB.
YBrs. Dr. Pauzi bin Yusoff, Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB)
YBrs. Dr. Mohd Hasaidi bin Hassan, Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam, IPGKKB
Semoga segala usaha ini menjadi asbab lahirnya para mudarris yang berilmu, berkemahiran dan mampu memimpin masyarakat ke arah penghayatan solat yang sebenar. ????✨
#KursusMudarris
#MGSHalaqat
#MembinaGenerasiSolat
#HalaqatNegeri
#DakwahDanTarbiah
