
KUALA KRAI, 15 April 2026 – Halaqat Kuala Krai telah menganjurkan Usrah Mingguan pada 15 April 2026 (Rabu) bertempat di Dewan Imam Bukhari, Pejabat Halaqat Kuala Krai. Usrah ini diketuai bacaan kitab yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Ismail bin Yaacob.

Sesi berlangsung dalam suasana kondusif dengan perkongsian ilmu yang bermanfaat serta perbincangan yang membina. Kehadiran anggota halaqat yang menggalakkan mencerminkan komitmen berterusan dalam menuntut ilmu.
Semua Pegawai dan Pembantu Kawasan Kuala Krai dijemput untuk turut serta dalam sesi akan datang bagi meraih manfaat bersama.
