Kelantan, 16 April 2026.Bahagian Dakwah Halaqat Negeri Kelantan telah berjaya menganjurkan Bengkel Pengendalian Halaman Web Halaqat Negeri Kelantan dengan kerjasama Syarikat Web Impian.
Bengkel ini melibatkan penyertaan wakil daripada 14 kawasan yang terdiri daripada kerani-kerani kawasan masing-masing. Program ini diketuai oleh Encik Zamri bin Ismail bersama pasukan Web Impian yang berpengalaman dalam pembangunan dan pengurusan laman web.
Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai kemahiran penting antaranya cara-cara menulis teks berita, artikel serta teknik penyampaian maklumat yang lebih berkesan. Selain itu, peserta turut mempelajari penggunaan dashboard laman web dengan betul bagi memastikan pengurusan kandungan dapat dilaksanakan secara sistematik dan profesional.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Dr. Mohd Alwie bin Yusof selaku Ketua Pengelola Halaqat Negeri Kelantan. Turut hadir ialah Timbalan 1, Ustaz Mohd Fakerei bin Mohd Muhayyidin.
Diharapkan agar penganjuran bengkel ini dapat meningkatkan lagi mutu penyampaian maklumat serta memajukan paparan aktiviti halaqat untuk dipamerkan di halaman web secara lebih tersusun, menarik dan berinformasi kepada masyarakat.



