Pada 23 Syawal 1447H bersamaan 12 April 2026, Bahagian Dakwah Halaqat Pasir Puteh telah menganjurkan satu majlis yang penuh bermakna dan suasana syahdu dengan kehadiran Tuan Qadhi, Ustaz Wan Muhammad Ezani bin Wan Abdullah.
Majlis ini berlangsung dengan penuh kemeriahan dan ukhuwah, diserikan dengan pelbagai juadah yang disediakan untuk para tetamu. Kehadiran para hadirin yang mengenakan pakaian tradisional baju Melayu telah menambahkan lagi seri dan keindahan suasana majlis.
Antara yang hadir memeriahkan program ini ialah ahli staf pejabat serta anggota halaqat yang memberikan sokongan padu terhadap penganjuran majlis ini. Kehadiran mereka mencerminkan semangat kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan warga halaqat.
Secara keseluruhannya, majlis ini berjaya mencapai objektifnya dalam mengeratkan silaturrahim serta menyemarakkan semangat dakwah dalam suasana yang harmoni dan penuh keberkatan.
Disediakan oleh:
Bahagian Dakwah
Halaqat Pasir Puteh


