Syarat pertandingan tha & pidato

Syarat Penyertaan Pertandingan Tilawah, Hafazan, Azan & Pidato Remaja

Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang menetap di negeri Kelantan.


1. Pertandingan Tilawah al-Quran

  • Kategori: Terbuka kepada peserta berumur 9 hingga 16 tahun sahaja.

  • Kaedah Pertandingan: Peserta akan diberi lima (5) ayat al-Quran untuk dibaca semasa pertandingan.

  • Penilaian: Tajwid, fasohah, kelunakan suara, dan adab bacaan.


2. Pertandingan Hafazan al-Quran

  • Kategori: Terbuka kepada peserta berumur 9 hingga 15 tahun sahaja.

  • Surah-Surah Yang Ditetapkan:

    • Surah Yasin

    • Surah As-Sajdah

    • Surah Al-Waqi’ah

    • Surah Al-Mulk

  • Kaedah Pertandingan: Soalan hafazan akan diberikan secara rawak daripada surah-surah yang dinyatakan.

  • Penilaian: Ketepatan hafazan, sebutan, dan kelancaran.


3. Pertandingan Azan

  • Kategori: Terbuka kepada peserta lelaki berumur 9 hingga 15 tahun sahaja.

  • Kaedah Pertandingan: Azan dilaungkan secara langsung di hadapan juri.

  • Penilaian: Suara, sebutan, taranum, dan adab melaungkan azan.


4. Pertandingan Pidato Remaja

  • Kategori: Terbuka kepada peserta berumur 16 hingga 25 tahun sahaja.

  • Tajuk: Tajuk pidato akan diberikan lebih awal kepada peserta untuk persediaan.

  • Penilaian: Isi kandungan, gaya penyampaian, ketepatan bahasa, dan keberkesanan hujah.


Terbuka Kepada:

  • Warga Kelantan sahaja.

  • Peserta hanya boleh menyertai satu kategori sahaja.


Pendaftaran & Pertanyaan:

Sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, sila hubungi:

  • Pengelola atau

  • Pengawal Halaqat di kawasan atau DUN masing-masing

Kongsikan ke:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp