
Program Membina Generasi Solat anjuran Halaqat Negeri telahpun bermula secara rasmi pada 20 Jun 2025 dan akan berlangsung sehingga bulan September 2025. Program ini bertujuan untuk membentuk generasi yang celik ibadah khususnya solat, serta menerapkan kefahaman dan penghayatan yang mendalam dalam kalangan pelajar dan masyarakat.
Pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang tempoh program ini termasuk kuliah asas fardu ain, bengkel solat praktikal, pengukuhan akidah dan akhlak, serta penilaian amali yang sistematik. Pelaksanaan akan dikendalikan oleh pengelola kawasan masing-masing dengan sokongan padu daripada pejabat Halaqat Negeri.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:
-
Pejabat Halaqat Negeri, atau
-
Pengelola kawasan masing-masing
Ayuh bersama menyokong usaha ini demi melahirkan generasi yang taat kepada Allah dan Rasul!