
GUA MUSANG, 16 Julai 2025 – Halaqat Negeri Kelantan telah mengadakan Mesyuarat Bulanan pada hari ini bertempat di Pejabat PAS Kawasan Gua Musang yang terletak bersebelahan Masjid Al-Ghazali. Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil pengelola dari 14 kawasan seluruh negeri Kelantan.
Antara perkara penting yang dibincangkan dalam mesyuarat ini ialah pelaksanaan program Bina Generasi Solat (MGS) sebagai usaha memperkukuhkan penghayatan solat dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda. Program ini dijangka akan dilaksanakan secara berfasa di setiap kawasan dengan pendekatan bimbingan berstruktur melalui halaqat.
Selain itu, mesyuarat turut memberi fokus kepada persiapan Konvokesyen Halaqat bagi peserta Kelas Tafaquh Fiddin. Seramai 68 orang peserta dari seluruh Kelantan bakal diraikan dalam majlis konvokesyen yang dijadualkan pada 1 september 2025 dan lokasi akan diberitahu kelak. Program ini bertujuan menghargai usaha serta komitmen para peserta dalam mendalami ilmu agama secara berterusan.
Halaqat Negeri menzahirkan penghargaan kepada PAS Kawasan Gua Musang atas kesudian menjadi tuan rumah serta semua pengelola kawasan yang hadir dan memberi komitmen padu demi menjayakan agenda pembangunan ilmu dan dakwah di Kelantan.

