Menceritakan suasana di Mekah sebelum kelahiran Nabi SAW, susur galur keturunan baginda SAW, peristiwa tentera bergajah dari Habsyah dan hari kelahiran Nabi SAW, keanehan dan keunikan yang berlaku sewaktu Nabi SAW dilahirkan dan sambutan Quraisy serta masyarakat Mekah.
Disebalik peristiwa kelahiran Nabi SAW terdapat banyak hikmah dan pengajaran dipaparkan kepada pendengar agar bertambah kasih kepada Nabi SAW, rajin berselawat kepada Nabi SAW, beramal dengan agama yang dibawa oleh Nabi SAW secara menyeluruh dalam kehidupan di dunia ini sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi SAW.