Mengenali Al-Quran dan mampu untuk membaca Al-Quran dengan baik sejak kecil adalah menjadi cita-cita besar bagi kedua ibubapa.
Kerajaan Negeri Kelantan melalui Bahagian Dakwah Halaqat melantik Guru-Guru Al-Quran di seluruh negeri dengan penubuhan Unit Guru Al-Quran.
Guru-Guru Al-Quran ini mengadakan kelas pengajian Al-Quran sama ada di rumah mereka sendiri atau di masjid atau madrasah setiap hari pada waktu pagi atau petang.
Semua pelajar ini terdiri daripada kanak-kanak, remaja, belia dan ada juga di kalangan dewasa.